TENTANG KAMI
Tentang Kami
Pembekal Karpet merupakan sebuah divisi di bawah Nusantara Carpet yang memberi fokus kepada pembekalan dan pemasangan pelbagai jenis karpet komersial, SPC dan vinyl untuk pelbagai ruang.
Kami menyediakan pilihan lantai yang sesuai untuk pejabat, auditorium, hotel, bilik mesyuarat, ruang korporat, institusi pendidikan, bangunan kerajaan, ruang menunggu, butik dan premis perniagaan. Setiap produk dipilih berdasarkan ketahanan, reka bentuk, keselesaan dan kesesuaian dengan konsep ruang pelanggan.
Sebagai pembekal karpet, kami menawarkan pelbagai pilihan karpet komersial, karpet pejabat, karpet tile, karpet custom, SPC flooring dan vinyl flooring yang sesuai untuk kegunaan harian serta ruang dengan penggunaan tinggi.
Dengan pengalaman luas dalam industri lantai dan pemasangan, pasukan kami sentiasa memastikan setiap projek dijalankan dengan kemas, teliti dan mengikut keperluan pelanggan. Kami percaya bahawa pemilihan lantai yang tepat bukan sahaja mencantikkan ruang, malah membantu mewujudkan suasana yang lebih profesional, selesa dan praktikal.
Pembekal Karpet diwujudkan bagi memberi fokus khusus kepada pasaran karpet komersial dan lantai moden, di samping menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang mencari solusi selain karpet masjid.